Calon ini juga dikatakan mmpu berdebat dengan penuh dedikasi dan berfakta didalam Parlimen untuk menaikkan imej Pakatan Pembangkang.
Siapa calon tersebut? Tak lain tak bukan ialah Pengarah Pilihanraya Pusat, Saifuddin Nasution. Menurut sumber, Saifuddin dikatakan sangat diperlukan didalam Parlimen bagi mematahkan hujah pemimpin Umno/BN.
Persoalannya, mahukah PKR di Permatang Pauh menerima Saifuddin sebagai pemimpin mereka? Yang lebih penting.., adakah pengundi di Permatang Pauh mahu menerima Saifuddin?
PAS pula takkan berdiam diri jika Saifuddin dicalonkan kerana PAS sendiri telah menuntut kerusi berkenaan walaupun Mat Sabu tidak sependapat dengan kehendak akar umbi PAS di kawasan Parlimen hak milik "Anwar & Co tersebut.
Dan apakah cadangan Saifuddin sebagai calon di Permatang Pauh dilakukan bagi memastikan Azmin menjadi Ketua Pembangkang yang baru? - Utaranews.com
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.