VIDEO Jin Cabar Datuk Engku Ansaruddin Agus ‘Berlawan’ Di Seminar Perangi Sihir

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini pernah menganjurkan Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman yang diadakan pada sekitar tahun Julai 2012.

Ia didakakan oleh pengamal perubatan tradisional Datuk Engku Ansaruddin Agus.

Daripada beberapa seminar berkenaan, ada satu video melibatkan kerasukan kepada seorang wanita menjadi viral di laman Facebook hari ini.

Tidak diketahui lokasi dan tarikh seminar berkenaan, ketika Engku Ansaruddin sedang memberikan taklimat seorang perempuan tiba-tiba menyatakan bahawa dia benci kepada Engku Ansaruddin tanpa sebab.

Apabila beliau mula berada bersama wanita itu, barulah diketahui bahawa yang bersuara itu adalan jin yang bersarang di dalam tubuh wanita berkenaan.


Sepanjang sesi rawatan itu, jin berkenaan mendakwa sering mengganggu wanita itu kerana dia seorang wanita yang baik kerana sering solat dan mengaji kitab suci Al-Quran.

Jin itu juga menyatakan bahawa ia telah banyak menipu beberapa orang pengamal perubatan Islam apabila keluar sekejap daripada tubuh wanita itu dan kemudian merasuk semula.

Anda dengarlah sendiri dialog antara Engku Ansaruddin dengan mahluk berkenaan. 

Sumber mynewshub.cc

Lihat Video Di bawah ini






Post a Comment

 
Top